Hati Ini Milik Allah
terendak-nss.blogspot.com
8/19/07
izinkan aku ke syurga
beribu nikmat mereka kecapi
aku sepi di lorong ini
berulik mimpi di tilam empuk
aku menggigil di dakap sejuk
kenyang sedawa makanan tersumbat
perutku leper dari tong karat
izinkanku ke syurga
barsama kasih dari Pencipta
8/17/07
dunia yang bakal musnah
dunia bakal musnah
tak tahu bila
namun telah di berita
dunia bakal musnah
menanti sangkakala
di hujung nyawa
8/16/07
Salam Perkenalan
Tatkala hatiku menanggung susah
dan jalan-jalanku telah menyempitkan
kujadikan harapku tangga menuju kemaafan-MU
aku dihantui kerana dosaku
yang begitu besar
Namun ketika kupautkan dengan
kemaafan-Mu, wahai Rabbku,
kutemui maafMu ternyata lebih besar
Engkau sentiasa memaafkan segala dosa
selama engkau sentiasa
melimpah kemurahan sebagai satu
pemberian dan melimpahkan kemaafan
sebagai suatu anugerah
Newer Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)