7/18/08

Kuasa Mahasiswa

MESKIPUN tergolong dalam kelompok kecil dalam komuniti masyarakat, peranan dan suara mahasiswa tetap digeruni kerana boleh mengubah senario sosial dan politik sesebuah negara.

Susunan Ruhaiza Rusmin ruhaiza@hmetro.com.my



MESKIPUN tergolong dalam kelompok kecil dalam komuniti masyarakat, peranan dan suara mahasiswa tetap digeruni kerana boleh mengubah senario sosial dan politik sesebuah negara.Lihat saja bagaimana kekuatan mereka menenggelamkan keamanan dan melumpuhkan ekonomi sekali gus bagaikan memberi amaran, mereka golongan kecil. tetapi berkuasa.
Mempunyai tanggapan peranan golongan ini hanya terhad dalam lingkungan kampus dan akademik semata-mata adalah tidak benar kerana mereka juga agresif ketika berdepan masyarakat jika memperjuangkan sesuatu isu.Justeru, segelintir pihak berpendapat, golongan ini sangat berbahaya kerana boleh mencetuskan huru-hara dan perlu dikekang dengan akta atau peraturan tertentu bagi ‘merantai’ kebangkitan mereka.Pertikaian ini secara tidak langsung memberi reaksi pro dan kontra kepada pihak bersetuju atau membantah.Penyelidik, Paul R Brass dari Universiti Stanford, United Kingdom berkata, kebangkitan mahasiswa tidak boleh di anggap mudah kerana gabungan mereka mencetuskan ge lombang baru dalam merubah senario dunia.Menurutnya, golongan ini mampu mengungguli perubahan kerana mereka lebih peka terhadap perkembangan sesuatu isu, lebih berpendidikan dan bersatu padu.“Secara kasar, golongan ini dilihat seperti satu kelompok lemah yang hanya memberi fokus pada kehidupan dan tanggungjawab dalam kampus. Sesiapapun tidak kisah ke hadiran mereka kerana dilabelkan sebagai pihak berkecuali. “Bagaimanapun, kuasa sebenar terletak pada golongan ini kerana kekuatan mereka akan terserlah jika bersatu. Pada waktu itu sudah tentu kebangkitan sukar dihalang kerana sebagai golongan terpelajar, mereka tahu mengenai hak, isu dan sebagainya.“Kebangkitan ini sekali gus membuktikan golongan ma hasiswa tidak boleh diketepikan sesuka hati. Peranan, suara serta pembabitan dalam aktiviti perlu diberi perhatian kerana mereka boleh dikatakan sebagai kelompok yang mendo minasi perubahan,” katanya.Kebangkitan suara mahasiswa bukan sesuatu perkara luar biasa dalam masyarakat global, malah polemik ini sudah berlarutan berabad lalu.Mereka membawa satu revolusi baru dalam menuntut perubahan, perjuangan hak dan isu masyarakat serta mem buka mata pelbagai pihak mengenai hala tuju yang harus diperjuangkan.Tampil dengan pelbagai idea, fahaman dan kepercayaan, golongan ini percaya mekanisme bersatu dan suara lantang yang digunakan mampu memberi tekanan sekali gus mem bawa pembaharuan.Brass berkata, di sesetengah negara, mahasiswa percaya peranan sebagai golongan terpelajar wajar dipelbagaikan supaya masyarakat menyedari, mereka masih mempunyai barisan pejuang yang boleh diharapkan.“Bagaimanapun, tindakan agresif keterlaluan mengundang ketakutan pada segelintir pihak lain dan turut mencetuskan keadaan huru-hara.“Mereka kata ini perjuangan, tetapi mengapa mesti ada keganasan dan kecederaan? Apakah ini golongan diperlukan masyarakat untuk memperjuangkan masa depan atau dipilih sebagai pemimpin?” katanya.Pendapat itu bagaimanapun disangkal profesor daripada Universiti Moi, Nairobi, Gilbert Ng’etich, yang berpendapat isu mahasiswa tidak perlu diperbesarkan dan harus dilihat dari sudut positif.Ng’etich berkata, secara rasional golongan itu boleh di anggap berkecuali dan tidak mudah menimbulkan kekacauan tanpa alasan kukuh.Menurutnya, kebangkitan atau sikap memprotes hanya wujud jika merasakan suara masyarakat tidak didengari dan memerlukan penjelasan.“Menganggap mereka sebagai pencetus huru-hara memang tidak benar kerana perjuangan itu dilakukan dengan alasan konkrit dan rasional. Mungkin ada yang melakukannya kerana kepentingan diri, tetapi bukan semua.“Faktor seperti tertindas atau konflik juga boleh men cetuskan rasa tidak puas hati. Mereka berharap menerusi cara ini ada pihak tertentu mendengar rintihan yang juga secara tidak langsung mewakili masyarakat keseluruhan.“Prasangka segelintir masyarakat yang melabelkan mereka sebagai golongan ganas, berbahaya dan tidak bertamadun adalah keterlaluan. Anda tidak boleh melabelkan begitu kerana mereka ada kredibiliti serta maruah sebagai golongan terpelajar dan berilmu.“Berdasarkan soal selidik dilakukan, senario dicetuskan mahasiswa seluruh dunia disebabkan ada isu tertentu yang ingin diperjuangkan. Ia jarang berlaku kerana suka-suka atau hasutan kerana mereka mampu buat penilaian sebelum bertindak,” katanya.Revolusi itu juga boleh menjadi medan golongan muda bersuara dan meluahkan pandangan kepada pihak tertentu.Menurutnya, cara ini secara tidak langsung boleh me lahirkan golongan berani memikul tanggungjawab, ber keyakinan tinggi serta boleh diharapkan sebagai pengganti pemimpin akan datang.“Kebanyakan masyarakat hanya melihat kebangkitan ma hasiswa dalam aspek negatif seperti demonstrasi jalanan. Aspek negatif ini sering diperbesarkan.“Mengapa tidak menilainya daripada aspek lain seperti melahirkan golongan muda berani menyumbang idea, ber interaksi atau menyuarakan pendapat. Sekurang-kurangnya pihak atasan tahu inilah kehendak rakyat.“Mereka golongan muda yang mewakili suara golongan itu, pendapat mereka sewajarnya didengari kerana turut mem punyai kesamarataan hak bersuara,” katanya.Bagaimanapun, Ng’etich bersetuju kebangkitan secara ag resif wajar dipantau kerana mencetuskan polemik bukan saja di kalangan masyarakat, tetapi mampu melumpuhkan in dustri pendidikan keseluruhannya.“Golongan ini sudah diiktiraf sebagai kelompok disegani, sewajarnya perlakuan juga dijaga bagi menggambarkan tang gapan itu tidak silap. Meluahkan pendapat, ketidakpuasan hati, hak dan sebagainya perlu mengikut tatacara dibe narkan.“Masyarakat pula jangan suka ambil kesempatan mem provokasi golongan ini kerana ia bakal memusnahkan ins titusi keseluruhan dan menyimpang daripada landasan per juangan sebenar,” katanya.Ngo Quynh, pengerusi sebuah organisasi pelajar di sebuah universiti di Ho Chin Minh, Vietnam, berpendapat golongan terpelajar alaf baru lebih praktikal dalam menyuarakan pendapat, peka serta prihatin.“Jika anda berpendapat kami mudah diperalatkan, itu tidak benar malah paling sukar dipengaruhi. Kami akan bertanya pelbagai soalan sebelum memulakan apa jua tindakan.“Tanggapan skeptikal ini tidak adil tapi apa cara lain boleh kami lakukan selepas pihak terbabit tidak mahu berunding? Kami hanya memperjuangkan hak dan membantu mereka teraniaya,” katanya.

7/4/08

syukur....syukur


Nuklear atau solar?


Oleh Afiq Hanif mafiq@hmetro.com.my


INISIATIF mencari tenaga alternatif bermula ketika me letusnya krisis minyak dan perbalahan negara Islam di Asia Barat dengan Amerika Syarikat awal 1970-an menyebabkan timbul kesedaran apakah dunia perlu bergantung kepada hanya satu bahan api?Sumber alternatif diperlukan apabila kaji selidik mendapati bekalan minyak dunia mungkin habis dalam dalam tempoh 40 hingga 50 tahun akan datang.
Selain memikirkan tenaga hidro sebagai pemangkin sumber tenaga, penggunaan solar dan nuklear juga mendapat per hatian antarabangsa ekoran keaslian sumber terbabit yang masih belum meluas.Nuklear bukan sekadar untuk peperangan tapi ia sumber tenaga yang mampu memberi manfaat dan perlu diterokai sebelum Malaysia kehilangan minyak di masa depan.Nuklear dikatakan kaedah paling selamat, mesra alam sekitar, boleh diharap dan murah dalam jangka masa panjang walaupun loji nuklear memerlukan pelaburan awal yang besar.Malaysia pernah bercadang membangunkan tenaga nuklear pada 1972 apabila menubuhkan Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT).Negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain adalah negara yang lama menumpukan perhatian kepada nuklear untuk menjana tenaga.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) masih belum memberi keputusan muktamad penerokaan sumber tenaga nuklear ini namun masih menyelidiki perkembangan di negara lain.Menterinya, Datuk Dr Maximus J Ongkili, berkata belum ada satu dasar kebangsaan menjadikan tenaga nuklear sebagai alternatif.“Namun, kerajaan sentiasa mengikuti perkembangan se masa dunia menggunakan nuklear untuk menjana kuasa elektrik.“Usaha itu bagi menjamin keselamatan pembekalan tenaga, kesinambungan serta kemampanan pembangunan ekonomi negara masing-masing,” katanya.Menurut beliau, negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand serta Timur Tengah seperti Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan Mesir cenderung untuk membangunkan program penjanaan kuasa berasaskan nuklear.“Sehingga akhir tahun lalu, terdapat 439 loji janakuasa nuklear dengan keupayaan membekalkan kuasa elektrik sebanyak 372,000 megawat elektrik (MWe) beroperasi di 30 negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Kanada, Perancis, Rusia dan United Kingdom,” katanya.Menurutnya, MOSTI ketika ini dalam proses menyiapkan kertas kerja komprehensif merangkumi politik, ekonomi, sosial, teknologi, alam sekitar, perundangan dan keselamatan untuk memasukkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bagi penjanaan elektrik.“Ia dimasukkan dalam dasar kepelbagaian bahan api negara yang meneliti semua aspek berkaitan dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK),” ka tanya.Ongkili berkata, nuklear adalah satu pilihan untuk masa depan dan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) dinamakan sebagai agensi peneraju utama untuk menyelaras serta me ngurus aktiviti berkaitan perancangan, persediaan serta pem bangunan tenaga nuklear.Nuklear adalah sumber tenaga radioaktif dan untuk me nguruskan sisa pepejal radioaktif nuklear bukan mudah kerana ia memerlukan teknologi canggih dan kos tinggi.Kesan daripada hasil sisa pepejal radioaktif jauh lebih berbahaya seperti letupan loji nuklear di Chernobyl dan Three Mile Island yang masih menghantui masyarakat dunia. Kesan radioaktif daripada letupan itu menyebabkan mutasi gen manusia dan ia kekal untuk jangka masa panjang.Begitu juga kesan nuklear kepada masyarakat Jepun dengan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.Justeru, penggunaan tenaga solar dilihat ‘calon’ paling sesuai untuk diketengahkan sebagai sumber tenaga alternatif. Sistem solar menjadi teknologi bertepatan dengan Malaysia kerana negara ini mempunyai kelebihan dari segi penerimaan cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.Malaysia memiliki inisiatif berkaitan solar apabila Projek Fotovoltaik Bersepadu Bangunan Malaysia (MBIPV) bernilai RM95 juta, projek nasional bagi tenaga yang diperbaharui akan menggalakkan penggunaan teknologi itu bagi me manfaatkan tenaga solar dan mengeluarkan elektrik untuk bangunan. Ia diperkenalkan pada 2005 dengan tujuan menggunakan sumber tenaga diperbaharui iaitu tenaga solar yang banyak dalam negara. Salah satu program yang dikelolakan melalui Projek Fo tovoltaik Berintegrasi Bangunan Malaysia (MBIPV) di bawah Pusat Tenaga Malaysia (PTM) ialah Suria 1000. Suria 1000 ialah sistem solar bergrid, yang mana tenaga elektrik yang dihasil dan disambung terus kepada sumber tenaga elektrik utama melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pemasangan Suria 1000 dalam pusingan pertama mem babitkan 40 modul sel fotovoltaik 4.8 kilowatt dan terdapat laporan mengatakan ia mampu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sehingga lebih RM150 sebulan. Ia menyerap dan menukar tenaga solar kepada tenaga elektrik pada alat ‘inverter’ yang terpasang di rumah antara jam 7 pagi hingga 7 malam. Tenaga solar sudah lama membuka mata ramai pihak namun penggunaannya masih menjadi tanda tanya.Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Cetree) pernah memperkenalkan per hentian bas konsep baru yang dicetuskan menggunakan tenaga solar. Kaedah inovasi itu disesuaikan dengan keadaan serta ke perluan persekitaran yang menggabungkan empat panel solar diletakkan di atas bumbung perhentian bas untuk digunakan sebagai penjana tenaga elektrik bagi kipas dan lampu me nerusi bateri yang dilengkapkan pada bahagian belakang. Keunikan kipas dan lampu ini ialah akan berfungsi secara automatik mengikut keadaan persekitaran. Apabila keadaan mendung atau matahari tidak memancar dengan terik kipas akan berhenti berfungsi secara automatik dan apabila malam menjelang, lampu akan terpasang dengan sendiri. Lampu dari jenis yang kecil digunakan kerana tempat berkenaan tidak memerlukan cahaya yang terlalu banyak dan kipas yang bengkok pula digunakan bagi tujuan memi nimumkan penggunaan tenaga. Keistimewaan yang diperlihatkan Cetree bukan saja efisyen dari segi penggunaan tenaga dan kos bahkan ia berkonsep alam semula jadi dengan persekitaran yang nyaman.