8/20/11

salam Ramadhan 1432

Salam Ramadhan buat semua...rindunya kat kampong....

4/21/10

Al-quran

Imam Syafie," Siapa belajar Quran besarlah harganya. Siapa belajar feqah agung wawasannya. Siapa belajar Hadis, kuatlah hujahnya. Siapa belajar ilmu hisab cerahlah otaknya. Siapa mempelajari yg pelik lembutlah wataknya Dan siapa tidak menahan nafsunya akan tidak bermanfaat ilmunya

Golongan Mukmin

Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad :"Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit " Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:"Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya:" Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat." (Muslim

7/20/09

Aku Kisahkan Cerita Hidupnya Seorang Kekasih

KASIH SATU....

DIA seorang manusia yang sangat saya kasihi. Tidak ada seorang pun manusia di atas muka bumi ini yang pernah saya temui yang dapat menandingi kasih saya padanya melainkan kasih Allah dan Rasul. Sungguh saya katakan bahawa kasih saya padanya tidak berbelah bagi. Kasih sepenuh jiwa. Kasih sepenuh hati. Kasih kerana kasihnya dia dan kasihnya dia pada Allah dan Rasulnya dan Kasih Allah padanya. Lalu di sinilah bermulalah kasih kami tercipta...

7/19/09

AL- FATIHAH BUATMU BONDA

ALLAHUMMAGFIRLAHA,, WARHAMHA, WA'FUA'NHA, WA'FUA'NHA....
Ya Allah tempatkan ibuku di tempat orang-orang yang beriman dan digolongkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah...

5/11/09

RATU CANTIK ISLAMIK



SUKAINA al-Zayer tidak mungkin berpeluang menang sebarang pertandingan ratu cantik kerana dia memakai purdah dan abaya yang tidak membolehkan orang menilai kecantikan wajahnya. Dia juga mengaku bertubuh gempal.Tetapi dalam satu-satunya pertandingan ratu cantik di Arab Saudi, hakim tidak mempedulikan bentuk tubuh atau kecantikan wajah. Apa yang mereka cari dalam pertandingan itu ialah 'Ratu Cantik Akhlak' di kalangan peserta yang berjaya menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat terhadap ibu bapa masing-masing.
"Matlamat peraduan itu ialah untuk mengukur komitmen peserta terhadap moral seperti yang dikehendaki Islam. Ia alternatif kepada ratu cantik lain yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hanya mengambil kira bentuk tubuh dan wajah wanita," kata pengasas peraduan itu, Khadra al-Mubarak.

"Yang menang tidak semestinya cantik. Bagi kami, yang penting ialah kemurnian hati dan moral," katanya. Selepas pertandingan itu dirasmikan Sabtu lalu, hampir 200 peserta akan menghabiskan masa 10 minggu menghadiri kelas dan diuji dengan tema termasuk 'Menyedari kekuatan dalaman anda,' 'Pembentukan menjadi pemimpin' dan 'Ibu, syurga di bawah tapak kakimu.'


Tema terakhir itu berdasarkan hadis Rasulullah SAW bagi menggariskan peri pentingnya rasa hormat kepada ibu bapa, antara tunggak utama dalam ajaran Islam.Peserta juga akan menghabiskan masa sehari di sebuah rumah di luar bandar bersama ibu masing-masing. Di sana mereka akan diawasi oleh hakim wanita dan diberi markah mengenai cara mereka berinteraksi dengan ibu mereka," kata Khadra.

Memandangkan pertandingan itu tidak akan disiarkan menerusi televisyen dan tidak membabitkan lelaki, peserta boleh menanggalkan purdah dan abaya mereka. Ratu Cantik Akhlak itu adalah contoh terbaru yang diubah suai oleh masyarakat Islam daripada format gaya barat yang bertujuan menyebarkan mesej dalam menangani pengaruh budaya kuning yang semakin merebak di rantau itu menerusi Internet dan televisyen satelit.


Satu rangkaian muzik Islam diwujudkan oleh seorang peniaga Mesir baru-baru ini bagi menyiarkan pertandingan ala 'American Idol' untuk penyanyi yang menyanyikan lagu berkonsepkan agama. Beberapa pendakwah juga sudah menjadi selebriti rancangan sembang ala rancangan yang dikendalikan Oprah, bertentangan dengan tradisi selama ini.


Kini, pada tahun keduanya, peserta pertandingan Ratu Cantik Akhlak itu meningkat tiga kali ganda daripada 75 wanita yang menyertainya pada 2008. Pertandingan itu dibuka kepada wanita berusia antara 15 dan 25 tahun dan pemenangnya akan diumumkan Julai depan. Juara akan menerima hadiah RM10,000 sementara tempat kedua dan ketiga RM5,000 setiap seorang. Pemenang tahun lalu, Zahra al-Shurafa berkata, pertandingan itu mendorong wanita muda dan remaja meningkatkan rasa hormat mereka kepada ibu bapa.


"Saya memberitahu mereka, menang bukan menjadi keutamaan. Apa yang penting ialah menghormati ibu bapa anda," kata Zahra, pelajar universiti yang mengambil jurusan Bahasa Inggeris.Pertandingan ratu cantik memang diadakan di beberapa negara Arab dengan yang paling terbuka ialah di Lubnan, negara paling liberal di rantau itu dengan peserta muncul di televisyen berpakaian bikini, gaun malam yang glamor dan menjawab soalan yang menguji keyakinan serta pengetahuan am mereka.


Di Arab Saudi, pertandingan seumpama itu tidak wujud, malah diharamkan. Sebelum dimulakan Ratu Cantik Akhlak tahun lalu, pertandingan ratu cantik yang diadakan di negara itu hanyalah untuk kambing, biri-biri, unta dan haiwan lain, bertujuan menggalakan ternakan binatang di kalangan rakyat negara itu. Acara tahun ini dimulakan Sabtu lepas di bandar Safwa yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah. Sebahagian besar peserta juga berfahaman Syiah.


Bagaimanapun, ia terbuka kepada sesiapa dan tahun ini, 15 wanita berfahaman Sunni menyertainya, kata Khadra. Sukaina, 24, pelajar Pengurusan Antarabangsa, berkata, dia menyertai pertandingan itu kerana kasih sayangnya terhadap ibunya.
"Saya berbangga kerana menghormati ibu bapa saya," katanya.

Mengenai ratu cantik seperti yang diadakan di Lubnan?
"Ia masalah perbezaan budaya. Pertandingan yang diadakan di Arab Saudi diterima oleh Islam," katanya. Seorang lagi peserta, Awsaf al-Mislim,berkata, jika tidak menang pertandingan itu, dia tetap yakin mencapai sesuatu yang lebih penting. "Saya berbangga untuk menunjukkan kepada umum bahawa saya bersaing dengan peserta lain kerana kasih sayang kepada ibu bapa saya," kata peserta berusia 24 tahun itu.

1/1/09

Kita Hanya Hamba






Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu


dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang dahulu


dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakatdan taatilah Allah dan rasul-Nya


Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa darimu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya.



Dan ingatlah apa yang dibaca di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah( sunnah Nabi). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha mengetahui.



Sesunggunya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin,


lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan,


lelaki dan perempuan yang benar, lelaki perempuan yang sabar,


lelaki perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah,


lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki perempuan yang memelihara kehormatannya,


lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah,


Sesungguhnya Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.



Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata.



(surah Al-Ahzab: ayat 33-36)

11/4/08

Maghribi haram majalah Perancis hina Islam

L'Express siar wajah, perbandingan Nabi Muhammad, Nabi Isa
RABAT: Kerajaan Maghribi mengharamkan edisi terbaru majalah Perancis, L'Express International kerana menghina Islam dalam artikelnya yang berkaitan dengan hubungan antara agama Islam dan Kristian. Menteri Penerangan, Khalid Naciri berkata beliau tidak ada pilihan tetapi mengharamkan keluaran terbaru majalah berkenaan kerana mengandungi bahan penghinaan. Menteri itu berkata kod akhbar di negara berkenaan membenarkan kerajaan menutup atau mengharamkan mana-mana penerbitan yang didapati menghina Islam atau raja.
Kulit depan L'Express bertajuk 'The Jesus-Muhammad Shock' atau 'Kejutan Nabi Isa-Muhammad', yang juga tajuk buku yang ditulis oleh Christian Makarian, salah seorang ketua pengarang majalah berkenaan. Majalah mingguan itu berkata siri artikel itu ditulis menjelang pertemuan yang dirancang di antara sarjana Muslim dan Kristian di Rom minggu ini dan bertujuan 'membantu dialog antara Islam dan Kristian'. Naciri tidak menyatakan secara khusus apa yang disifatkannya sebagai bahan yang menghina, tapi memberitahu Associated Press bahawa "negara kami tidak harus diperalatkan oleh mana-mana pihak untuk menyebarkan artikel yang boleh menyinggung penganut agama atau mengganggu ketenteraman."
Kenyataan laman web L'Express menyatakan majalah berkenaan tidak memahami reaksi Maghribi itu, terutama kerana langkah teliti diambil bagi menepati norma Islam, termasuk menutup wajah Nabi Muhammad SAW dengan kain putih sebelah menyebelah dengan potret Nabi Isa yang juga ditutup, selaras dengan kehendak agama Islam. Edisi Perancis majalah itu bagaimanapun tidak menutup wajah berkenaan. Salah satu artikel dalam majalah itu membandingkan Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW dan memetik ayat suci al-Quran yang "membenarkan perbuatan ganas terhadap mereka yang enggan mematuhi undang-undang Islam". Ia juga mendakwa kononnya Nabi Muhammad SAW mempunyai dua perwatakan, salah satunya sebagai seorang pejuang dan satu lagi sebagai orang yang enggan berperang.
Maghribi adalah pusat pelancongan dan penyokong kuat Amerika Syarikat dan Eropah dan sejak akhir-akhirnya ini menyaksikan peningkatan fahaman politik keislaman. – AP

10/20/08

DIA YANG MENGUBAH SEGALANYA.


OLEH NORSYAIDAH SALIM


PERISTIWA itu sangat menggempar penduduk negara tersebut. Semuanya seakan-akan terpinga-pinga dan tertanya-tanya. Prajurit-prajurit yang dikerahkan untuk bertindak turut kebinngungan apabila tiba-tiba maharaja mengeluarkan perintah supaya pencarian mereka dihentikan serta merta dan mengarahkan mereka kembali ke istana semula. Bahkan panglima berpangkat tinggi itu juga berkerut dahi kehairanan melihat telatah Maharaja tiba-tiba tersenyum lebar dan ketawa terbahak-bahak mendengar berita kelahiran seorang bayi perempuan dari sebuah kampung di pendalaman. Bagi maharaja pula dia terasa sangat geli hati dan merasakan seolah-olah satu kebodohan dengan arahan yang dikeluarkannya yang tidak masuk akal itu. Malahan ada dikalangan penduduk di pandalaman yang marah dan memberontak kerana merasakan penantian mereka yang begitu lama seolah-oleh sia-sia . Tak kurang juga yang menadah tangan mengucapkan syukur dengan pemberian rezeki daripada Tuhan. Sungguh. Kelahiran itu sangan pelik


Seawal dia masih lagi berada di dalam rahim. Ibunya telah memasang nazar unutk mewaqafkannya di rumah suci itu, agar dia yang lahir dan membesar nanti boleh menghambakan diri kepada Tuhan dan memimpin manusia ke jalan kebenaran. Namun setelah kelahirannya, segala-galanya bertukar rupa. Namun nazar tetap terlaksana.


Begitulah yang dikisahkan oleh nenek kepada saya seawal kelahiran dia yang mulia itu. Setiap kali hati saya dirundung hiba dan derita nenek sering mendendangkan kepada saya tentang kisah hidupnya yang persis kisah hidup saya. Dilahirkan tanpa kehadiran ayah di sisi sewaktu mula menjenguk dunia. Hidup berteman ibu hanya sekadar sepurnama singkatnya, ibu terlebih dahulu menjejaki ayah menemui Tuhan Yang Maha Esa. Nenek mengajar supaya saya tabah seperti dia yang tabah.. Lantaran nama kami juga sama dan serupa. Mulai saat itu hati saya melonjak –lonjak untuk menemuinya.


Setelah umurnya mencecah enam tahun, nazar terlaksana. Dia menhabiskan masa kanak-kanaknya di Mehrab itu. Menuntut ilmu dari segala jenis ilmu dari kitab Taurat. Ajaran Nabi Allah Musa Alaisalam. Mengabdikan diri kepada Allah dengan menjadi sebenar-benar hamba.


bersambung....

7/18/08

Kuasa Mahasiswa

MESKIPUN tergolong dalam kelompok kecil dalam komuniti masyarakat, peranan dan suara mahasiswa tetap digeruni kerana boleh mengubah senario sosial dan politik sesebuah negara.

Susunan Ruhaiza Rusmin ruhaiza@hmetro.com.my



MESKIPUN tergolong dalam kelompok kecil dalam komuniti masyarakat, peranan dan suara mahasiswa tetap digeruni kerana boleh mengubah senario sosial dan politik sesebuah negara.Lihat saja bagaimana kekuatan mereka menenggelamkan keamanan dan melumpuhkan ekonomi sekali gus bagaikan memberi amaran, mereka golongan kecil. tetapi berkuasa.
Mempunyai tanggapan peranan golongan ini hanya terhad dalam lingkungan kampus dan akademik semata-mata adalah tidak benar kerana mereka juga agresif ketika berdepan masyarakat jika memperjuangkan sesuatu isu.Justeru, segelintir pihak berpendapat, golongan ini sangat berbahaya kerana boleh mencetuskan huru-hara dan perlu dikekang dengan akta atau peraturan tertentu bagi ‘merantai’ kebangkitan mereka.Pertikaian ini secara tidak langsung memberi reaksi pro dan kontra kepada pihak bersetuju atau membantah.Penyelidik, Paul R Brass dari Universiti Stanford, United Kingdom berkata, kebangkitan mahasiswa tidak boleh di anggap mudah kerana gabungan mereka mencetuskan ge lombang baru dalam merubah senario dunia.Menurutnya, golongan ini mampu mengungguli perubahan kerana mereka lebih peka terhadap perkembangan sesuatu isu, lebih berpendidikan dan bersatu padu.“Secara kasar, golongan ini dilihat seperti satu kelompok lemah yang hanya memberi fokus pada kehidupan dan tanggungjawab dalam kampus. Sesiapapun tidak kisah ke hadiran mereka kerana dilabelkan sebagai pihak berkecuali. “Bagaimanapun, kuasa sebenar terletak pada golongan ini kerana kekuatan mereka akan terserlah jika bersatu. Pada waktu itu sudah tentu kebangkitan sukar dihalang kerana sebagai golongan terpelajar, mereka tahu mengenai hak, isu dan sebagainya.“Kebangkitan ini sekali gus membuktikan golongan ma hasiswa tidak boleh diketepikan sesuka hati. Peranan, suara serta pembabitan dalam aktiviti perlu diberi perhatian kerana mereka boleh dikatakan sebagai kelompok yang mendo minasi perubahan,” katanya.Kebangkitan suara mahasiswa bukan sesuatu perkara luar biasa dalam masyarakat global, malah polemik ini sudah berlarutan berabad lalu.Mereka membawa satu revolusi baru dalam menuntut perubahan, perjuangan hak dan isu masyarakat serta mem buka mata pelbagai pihak mengenai hala tuju yang harus diperjuangkan.Tampil dengan pelbagai idea, fahaman dan kepercayaan, golongan ini percaya mekanisme bersatu dan suara lantang yang digunakan mampu memberi tekanan sekali gus mem bawa pembaharuan.Brass berkata, di sesetengah negara, mahasiswa percaya peranan sebagai golongan terpelajar wajar dipelbagaikan supaya masyarakat menyedari, mereka masih mempunyai barisan pejuang yang boleh diharapkan.“Bagaimanapun, tindakan agresif keterlaluan mengundang ketakutan pada segelintir pihak lain dan turut mencetuskan keadaan huru-hara.“Mereka kata ini perjuangan, tetapi mengapa mesti ada keganasan dan kecederaan? Apakah ini golongan diperlukan masyarakat untuk memperjuangkan masa depan atau dipilih sebagai pemimpin?” katanya.Pendapat itu bagaimanapun disangkal profesor daripada Universiti Moi, Nairobi, Gilbert Ng’etich, yang berpendapat isu mahasiswa tidak perlu diperbesarkan dan harus dilihat dari sudut positif.Ng’etich berkata, secara rasional golongan itu boleh di anggap berkecuali dan tidak mudah menimbulkan kekacauan tanpa alasan kukuh.Menurutnya, kebangkitan atau sikap memprotes hanya wujud jika merasakan suara masyarakat tidak didengari dan memerlukan penjelasan.“Menganggap mereka sebagai pencetus huru-hara memang tidak benar kerana perjuangan itu dilakukan dengan alasan konkrit dan rasional. Mungkin ada yang melakukannya kerana kepentingan diri, tetapi bukan semua.“Faktor seperti tertindas atau konflik juga boleh men cetuskan rasa tidak puas hati. Mereka berharap menerusi cara ini ada pihak tertentu mendengar rintihan yang juga secara tidak langsung mewakili masyarakat keseluruhan.“Prasangka segelintir masyarakat yang melabelkan mereka sebagai golongan ganas, berbahaya dan tidak bertamadun adalah keterlaluan. Anda tidak boleh melabelkan begitu kerana mereka ada kredibiliti serta maruah sebagai golongan terpelajar dan berilmu.“Berdasarkan soal selidik dilakukan, senario dicetuskan mahasiswa seluruh dunia disebabkan ada isu tertentu yang ingin diperjuangkan. Ia jarang berlaku kerana suka-suka atau hasutan kerana mereka mampu buat penilaian sebelum bertindak,” katanya.Revolusi itu juga boleh menjadi medan golongan muda bersuara dan meluahkan pandangan kepada pihak tertentu.Menurutnya, cara ini secara tidak langsung boleh me lahirkan golongan berani memikul tanggungjawab, ber keyakinan tinggi serta boleh diharapkan sebagai pengganti pemimpin akan datang.“Kebanyakan masyarakat hanya melihat kebangkitan ma hasiswa dalam aspek negatif seperti demonstrasi jalanan. Aspek negatif ini sering diperbesarkan.“Mengapa tidak menilainya daripada aspek lain seperti melahirkan golongan muda berani menyumbang idea, ber interaksi atau menyuarakan pendapat. Sekurang-kurangnya pihak atasan tahu inilah kehendak rakyat.“Mereka golongan muda yang mewakili suara golongan itu, pendapat mereka sewajarnya didengari kerana turut mem punyai kesamarataan hak bersuara,” katanya.Bagaimanapun, Ng’etich bersetuju kebangkitan secara ag resif wajar dipantau kerana mencetuskan polemik bukan saja di kalangan masyarakat, tetapi mampu melumpuhkan in dustri pendidikan keseluruhannya.“Golongan ini sudah diiktiraf sebagai kelompok disegani, sewajarnya perlakuan juga dijaga bagi menggambarkan tang gapan itu tidak silap. Meluahkan pendapat, ketidakpuasan hati, hak dan sebagainya perlu mengikut tatacara dibe narkan.“Masyarakat pula jangan suka ambil kesempatan mem provokasi golongan ini kerana ia bakal memusnahkan ins titusi keseluruhan dan menyimpang daripada landasan per juangan sebenar,” katanya.Ngo Quynh, pengerusi sebuah organisasi pelajar di sebuah universiti di Ho Chin Minh, Vietnam, berpendapat golongan terpelajar alaf baru lebih praktikal dalam menyuarakan pendapat, peka serta prihatin.“Jika anda berpendapat kami mudah diperalatkan, itu tidak benar malah paling sukar dipengaruhi. Kami akan bertanya pelbagai soalan sebelum memulakan apa jua tindakan.“Tanggapan skeptikal ini tidak adil tapi apa cara lain boleh kami lakukan selepas pihak terbabit tidak mahu berunding? Kami hanya memperjuangkan hak dan membantu mereka teraniaya,” katanya.